Powered By Blogger

Berakhir kemarau 14 tahun

SAFEE cuba melepasi asakan pertahanan Indonesia
 Zulkifli Syukur sambil diperhati Norshahrul (kanan)
 ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora
 Bung Karno, malam tadi.

Malaysia bawa pulang Piala Suzuki | Safee muncul penjaring terbanyak
HARIMAU Malaya seperti memberi 'markah kasihan' kepada Indonesia dan penyokong mereka untuk menang di laman sendiri ketika episod penyudah di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi menyaksikan anak didik K Rajagobal mencipta gemilang ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF.

Di sebalik kekalahan 1-2 gara-gara kealpaan benteng pada lewat babak perlawanan akhir kedua, Malaysia hebat ungguli kejuaraan edisi 2010 atas agregat 4-2 – sekali gus menamatkan kemarau 14 tahun buat menghiburkan jutaan rakyat di tanah air yang bangun menabik skuad masa depan negara.

Dalam perlawanan akhir pertama, pasukan negara menang 3-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 Disember lalu.

Bagi Indonesia, igauan 1979 nyaris berulang tetapi tetap kecewa gagal menyekat lawan yang pernah menewaskan mereka 1-0 dalam final Sukan SEA di Senayan menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Ledakan padu Safee Sali pada minit ke-53 – jaringan yang menerbitkan rasa gelisah jutaan rakyat Indonesia – menjadikan jumlah gol peribadi penyerang Selangor itu kepada lima untuk muncul pemenang anugerah Kasut Emas.

Namun, dua gol Indonesia menerusi Mohammad Nasuha pada minit ke-72 dan Mohammad Ridwan, dua minit sebelum wisel penamat memberi sedikit penawar duka kepada 95,000 penyokong Merah-Putih meskipun menggigit jari melihat trofi yang mereka amat idamkan itu menjadi milik lawan. 
Sebaik pengadil meniup wisel penamat, kekecohan kecil tercetus antara penyokong Indonesia, dengan sebahagian daripada mereka membantah sikap tidak ‘sporting’ (kesukanan) sebahagian penonton di tempat duduk paling atas. 

Bagaimanapun keadaan dapat dikawal 10,000 pegawai keselamatan diketuai pegawai dari Malaysia, Datuk Dell 

Malaysia Menjuarai Piala AFF Suzuki 2010


Alhamdulillah
Buat julung-julung kalinya
Malaysia berjaya menjulang Piala AFF Suzuki untuk menjadi negara keempat
menjuarai piala ini selepas Thailand,Singapura
dan Vietnam..
Walaupun Malaysia kalah di tempat lawan
tapi secara agregat Malaysia menang 4-2....
Taniah kepada anak buah K.Raja Gopal yang telah bermain 
bersungguh-sungguh di padang....
Malaysia vs Indonesia Live Stream
Final AFF Suzuki Cup 2010
Gelora Bung Karno,Jakarta,Indonesia
29 december 2010

Secara Live

Sultan Ahmad Shah Semangat Juang Pemain

PETALING JAYA - Kata-kata semangat Sultan Ahmad Shah kepada skuad negara sebelum sepak mula adalah antara resipi kemenangan 3-0 Malaysia ke atas Indonesia pada babak akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.
Perkara ini didedahkan sendiri oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang mengiringi Presiden FAM itu untuk bertemu pemain-pemain dan jurulatih skuad negara sebelum sepak mula.
"Baginda berasa gembira dengan kemenangan tersebut dan pemain jelas sekali menunaikan janji kepada Sultan Ahmad Shah bahawa mereka akan bermain dengan semangat yang tinggi atas nama negara Malaysia," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Liga Super Malaysia di Wisma FAM, semalam.
Jelasnya, sebelum perlawanan berlangsung ketua pasukan, Safiq Rahim telah membaca ikrar di hadapan baginda dengan
berjanji untuk bermain sepenuh hati dan melihat kepada cara permainan kelmarin jelas sekali janji tersebut telah ditunai sebaiknya,
Pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF kelmarin, Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia hasil dua gol jaringan penyerang, Safee Sali (minit 59, 71) dan Ashaari Samsudin (67).
"Antara pesanan yang disampaikan Sultan Ahmad Shah kepada pemain ialah mengharapkan pemain beraksi adalah kerana negara, bukan untuk FAM, bukan untuk individu dan ternyata mereka telah memegang amanat itu dengan baik sekali.
"Saya sendiri juga sangat gembira dengan pemain selepas berjaya mencatat kemenangan, namun saya ingin berpesan kepada mereka bahawa masih ada 90 minit lagi masa permainan yang perlu dilalui," katanya.
Kata Annuar, walaupun skuad negara ditekan media Indonesia, dicabar dan dipandang hina terutama sekali selepas tewas perlawanan peringkat kumpulan 1-5, tetapi pemain tidak hilang pedoman.
"Rata-rata pemain yang masih muda tidak bertindak dengan emosional, jurulatih, K. Rajagobal dan pengurus, Datuk Subahan Kamal melakukan tugas mereka dengan baik. Mereka menimbulkan suasanan yang memang diharapkan.
"Saya juga yakin Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) akan menjalankan tugas mereka dengan baik menjelang perlawanan akhir kedua. Kita tidak mahu sebarang insiden yang tidak diingin berlaku dan pasukan negara mendapat layanan yang baik apabila berkunjung ke sana." katanya.

Akhbar Indonesia canang Malaysia guna dukun

                        Aidil & Zaquan (AZ FC): Akhbar Indonesia canang Malaysia guna dukun:
"28 Disember 2010 AKHBAR NonStop dakwa Malaysia
 menggunakan dukun dalam laporannya,kelmarin."

SSEOLAH-olah tidak dapat menerima kekalahan sulung pada kempen Piala Suzuki AFF kali ini, Indonesia berselindung di sebalik pelbagai alasan, termasuk sinaran laser dan bomoh. 


Sinaran laser dikatakan punca pemain Indonesia hilang tumpuan, tetapi selepas jurulatih Alfred Riedl mengumumkan faktor itu bukan penyebab kekalahan pasukan kendaliannya, media Indonesia mula mencari alasan lain.


Akhbar NonStop, membuka pekung di dada Garuda apabila merujuk kepada bomoh terkenal Indonesia ketika membuat dakwaan Malaysia menggunakan dukun dalam laporannya, semalam.


“"Kekalahan pasukan kebangsaan Indonesia sudah diramalkan ahli paranormal, Andi S Chalin,” lapor NonStop dalam berita utamanya. Penulis buku Bahasa Setan Dalam Perilaku Manusia itu meramalkan Indonesia akan tewas 3-0 kepada Malaysia. 


“Daripada pemerhatian mata batin saya, saya nampak kita akan tewas 0-3. Kita tewas bukan kerana pemain lemah, tetapi kerana ada unsur-unsur jampi paranormal Malaysia,” kata Andi kepada NonStop menerusi sms tiga hari sebelum final di Bukit Jalil. 


Malah selepas perlawanan akhir pertama kelmarin, Andi sekali lagi menghubungi akhbar berkenaan dan mendakwa ada ahli perniagaan Malaysia mendapatkan khidmat bomoh dari Thailand, China dan India.

Malaysia menundukkan Indonesia


KUALA LUMPUR Skuad bola sepak Malaysia menunaikan hajat besar jutaan peminat bola sepak tanah air, dan kini mereka hampir mendakap Piala Suzuki AFF buat julung kali selepas menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pertama, di Stadium                      Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Situasi ini membuatkan pasukan pelawat bergelar Merah-Putih itu bertambah pincang kerana ada tugasan besar untuk dibereskan di Jakarta, Rabu ini dalam perlawanan akhir kedua dengan realitinya harus menjaringkan empat gol tanpa dibolosi untuk menafikan impian pasukan Harimau Malaysia.
Berdasarkan format pertandingan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) keputusan perlawanan untuk menentukan juara ditentukan atas perkiraan agregat gol dalam dua perlawanan timbal balik.

Pancaran laser dan letupan bom asap pada babak kedua di gelanggang menyentap sedikit penghormatan negara kerana gelagat penyokong yang kurang bertanggungjawab tapi dua gol daripada Mohd Safee Sali pada minit ke-60 dan 72 serta satu menerusi pemain gantian, Mohd Ashari Samsudin, minit ke-68 berjaya memadamkan ‘gangguan sementara’ itu.

Jurulatih, K Rajagobal yang merancang baik strategi pasukan pada setiap perlawanan mengulangi komitmen sama dan beranggapan gol pertama pada babak kedua meniup semangat pemainnya untuk mencari kemenangan mutlak di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

“Selepas mendapat gol pertama, sama seperti di Indonesia dulu, ia menaikkan semangat pemain dan selepas itu, kita terus menyerang dan mendapat gol kedua dan ketiga. Kita mungkin boleh menambah gol keempat namun pengadil tidak memberikan sepakan penalti.

“Sebelum bermain, saya sudah dapat rasakan yang kita akan mendapat tiga gol. Apa yang pasti pemain berjaya menghiburkan seluruh penyokong kita di stadium malam ini (malam tadi). Mereka berhak untuk menang ,” katanya.


Kedudukan berbekal modal selesa ini akan dibawa pasukan ke Stadium Gelora Bung Karno, Rabu ini ketika ramai sudah beranggapan pasukan kebangsaan ini ada ramuan untuk mengatasi rekod barisan 1996 – yang layak ke final – untuk muncul juara baru kali ini.

Dalam final pada tahun berkenaan pasukan yang dibintangi pemain seperti Zainal Abidin Hassan gagal menjulang trofi berkenaan apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam perlawanan akhir di Singapura.

Kali terakhir pasukan negara menewaskan Indonesia dalam final kejohanan utama adalah pada Sukan SEA 1979 di Jakarta 1-0 menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Final Pertama Piala AFF Suzuki 2010

Harimau Malaya Mengamuk lagi........
Taniah..
Malaysia berjaya membalas balik kepada Indonesia
yang membenam Malaysia 5-1 semasa di bukit jalil yang lalu
Taniah sekali lagi kepada Malaysia menangi perlawanan akhir pertama ini
..................................................................................................................



Alhamdulillah...Malaysia Menang 3-0

Alhamdulillah Malaysia menang ke atas Indonesia tadi......
Moga-moga Malaysia menang sekali lagi di Indonesia.....
Amin..
.....................................................................................................
Semasa separuh masa kedua ada sedikit gangguan
salah seorang penonton di stadium yang memancarkan lazer hijau.
Oleh kerana itu,perlawanan diberhentikan selama 5 minit
Selepas gangguan itu reda Malaysia membuat gol
pertama hsil jaringan Safee Sali(minit 60),gol kedua oleh Ashaari Shamsuddin(minit 67)
dan sekali lagi Safee Sali(minit 72) untuk gol ketiga..
Malaysia sedikit sahaja lagi untuk membuat gol keempat
menerusi hasil tandukan Safee Sali,namun dinafikan oleh 
pemain Indonesia......
.....................................................................................................
Final kedua akan berlangsung di Gelora Bung Karno, Jakarta pada 29 Disember.

Watching Online

Malaysia vs Indonesia Live Stream
Final AFF Suzuki Cup 2010
Bukit Jalil Stadium - Kuala Lumpur, Malaysia
26 december 2010

ONLY
26 december 2010
Saya akan post untuk perlawanan akhir 29/12/2010 nanti

Malaysia v.s Indonesia Hari Ini

Syukur alhamdulillah...Malaysisa lawan di final..Dekat Bukit Jalil pula itu....
Harap Malaysia menang 2/3-0 di depan penyokong Malaysia..
Amin...
Do the best.....
MALAYSIA BOLEH!!
MALAYSIA BOLEH!!

Harga Tiket bagi perlawanan bola sepak antara Malaysia vs Indonesia (Perlawanan Akhir @Final Piala Suzuki AFF 2010) yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember 2010 (Ahad) adalah:
  • Tempat menjual tiket final:
    • PENYOKONG MALAYSIA
      Tiket final akan mula dijual pada 23, 24 dan 25 Disember 2010 (Khamis, Jumaat dan Sabtu) di Kaunter Kuning, Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 10 pagi hingga 7 malam
    • PENYOKONG INDONESIA
      Ianya dijual di pekarangan Kedutaan Indonesia, Jalan Tun Razak pada pukul 10 pagi hingga 5 petang mulai 23 Disember 2010 (Khamis)
  • Harga tiket adalah
    • RM50 (berbumbung)
    • RM30 (terbuka)
    • RM5 (kanak-kanak di bawah 12 tahun)
  • Tiket akan diagih berdasarkan
    • Penyokong Malaysia
      • 70,000 keping @RM30
      • 2,500 keping @RM50
    • Penyokong Indonesia
      • 15,000 keping @RM30
      • 500 keping @RM50

Fuyoooo...
Tiket sudah habis dijual..
Cepat giler habis..
Tidak sampai 1 minggu lagi

Malaysia Layak Ke Final Piala AFF Suzuki

AFF Suzuki Cup Semi Final 2nd Leg
Taniah kepada skuad malaysia kerana telah ke final bertemu dengan Indonesia.
Malaysia mungkin diasak oleh vietnam namun bahagian pertahanan mengekalkan kecemerlangan pada perlawana di bukit jalil yg lalu.
Penjaga gol negara,Khairul Fahmi,turut cemerlang untuk menampan dan menangkap bola dengan kemas.
Taniah sekali lagi kepada skuad K.Raja Gopal.
Semoga di final Malaysia dapat menjulung Piala AFF buat pertama kalinya......
MALAYSIA BOLEH!!!

Kemenagan Malaysia Ke Atas Vietnam 2-0


      Suzuki Cup Semi Final 1st Leg Malaysia vs Vietnam

Malaysia menundukkan Vietnam 2-0 hasil jaringan daripada Safee Sali pada minit 61 dan 80.
Wauu!!Cool.......Jaringan 2-0 menjadi bekalan untuk Malaysia pada separuh akhir ke-2.
Semoga berjaya pada separuh akhir ke-2 nanti.
MALAYSIA BOLEH!!!!!!